Sunday, September 13, 2009

ORANG-ORANG YANG BERJAYA DALAM BULAN RAMADHAN

Bulan ramadhan berlalu seakan-akan ianya sehari atau separuh hari sahaja,dan begitu juga dengan umur kita terus berlalu,maka bergembiralah bagi mereka yang berjaya dalam bulan ramadhan.Berjayalah orang-orang yang membuat kebaikan dan rugilah orang-orang yang membuat kebatilan, kepada yang berjaya, tahniah diucapkan,dan sebaliknya kepada mereka yang kerugian takziah diucapkan. Sesungguhnya kita tidak mengetahui sama ada ramadhan yang akan datang sempat kita temui atau tidak.Justeru itu,berhati-hatilah dalam setiap tindakan kita.


ORANG-ORANG YANG BERJAYA DALAM BULAN RAMADHAN


• Mereka yang berasa gembira dengan kedatangan ramadhan dan ternanti-nanti akan ketibaannya,mereka juga memuji-muji Allah kerana telah menemukan ramadhan kepada mereka.

• Mereka yang sentiasa bertaubat dengan sebenar-benar taubat dan mereka berazam untuk mengimarahkannya dengan penuh ketaatan dan menambah kebaikan.

• Mereka yang mengetahui kelebihan dan fadilat bulan yang agung ini dan mengetahui bahawasanya Allah akan melipatgandakan pahala orang yang beramal padanya.

• Mereka yang tinggi kemahuannya dan sentiasa bersiap sedia serta berlumba-lumba untuk mengerjakan amalan-amalan kebaikan.

• Mereka yang kamu melihat bahawasanya mereka seringkali bersesak-sesak ke rumah Allah untuk mendirikan solat dan bersegera ke majlis-majlis ilmu.

• Mereka yang mengimarahkan rumah-rumah Allah dengan solat,zikir dan membaca Al-quran.

• Mereka yang berlumba-lumba untuk memberi sedekah dan nafqah kepada fakir miskin.

• Mereka yang sentiasa bersama imam mereka mendirikan solat tarawih pada malam-malam ramadhan.

• Mereka yang hancur diri-diri mereka dan hina hati-hati mereka serta mengalir air mata mereka dan mereka berjalan dengan penuh ketenangan.
• Mereka yang baik akhlaknya dan terpuji tingkah lakunya,maka mereka bersabar atas segala kejahatan manusia keatas mereka dan berdepan dengan orang yang menghina serta mencaci mereka dengan berkata sesungguhnya aku sedang berpuasa.

• Mereka yang apabila dalam keadaan seorang diri di waktu malam menangis mengenangkan dosa-dosa mereka,dan menyesal atas maksiat yang dilakukan oleh mereka,serta berdoa kepada tuhan mereka supaya mengampunkan mereka.

• Mereka yang pada malam-malam mereka sujud dan berdiri kepada Allah,dan pada waktu siang mereka membaca Al-Quran dan menghayati isi-isinya.

• Mereka yang menahan anggota badan mereka daripada kemungkaran sebelum menahan perut-perut mereka daripada makan & minum,sesungguhnya hati-hati mereka khusyu’ mengingati Allah.

MAKA JUSTERU ITU,WAHAI SAHABATKU SEKALIAN, TANYALAH DIRIMU,ADAKAH KAMU TERGOLONG DARI KALANGAN ORANG-ORANG YANG BERJAYA ATAUPUN SEBALIKNYA???

0 comments:

  © Blogger template 'Personal Blog' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP