Showing posts with label BULAN-BULAN ISLAM. Show all posts
Showing posts with label BULAN-BULAN ISLAM. Show all posts

Sunday, September 13, 2009

KELEBIHAN,TANDA-TANDA SERTA AMALAN YANG DITUNTUT PADA MALAM LAILATUL QADAR

MUQADDIMAH

Adapun antara keistimewaan bulan Ramadhan ialah malam yang agung yang dikenali sebagai Lailatul Qadr(malam kemuliaan) dimana Allah telah menurunkan satu surah lengkap yang menerangkan tentang keadaan malam itu, kemudian Allah menerangkannya lagi pada permulaan surah Ad-Dukhaan. Maka beribadah pada malam Qadr adalah sebanding dengan beribadah selama seribu bulan. Firman Allah Ta’ala (Al-Qadr:1-3), dan dalam nisbah umur manusia,ibadah yang dilakukan pada malam ini sebanding ibadah selama lapan puluh tiga tahun empat bulan.



PENAMAAN MALAM AL-QADR

Para ulama mempunyai beberapa pendapat tentang penamaan malam Al-Qadr ini, antaranya ialah:

1. Dinamakan malam Al-Qadr atas makna ianya adalah malam perlaksanaan dan hukuman. Dalam kitab Al-Qurtubi, Mujahid telah berkata :”di dalam ayat kedua surah Al-Qadr ,Lailatul Qadr maknanya malam penilaian, dinamakan sedemikian kerana pada malam itu Allah Ta’ala akan menilai segala yang dikehendaki-Nya dari urusan-Nya kepada seumpamanya hingga tahun yang akan datang iaitu urusan maut,ajal,rezeki dan sebagainya.

2. Ada juga yang menyatakan bahawa ianya adalah malam pentadbiran/pengaturan. Dari Ibnu Abbas Radhiallahuanhuma meriwayatkan: sesungguhnya pada malam Al-Qadr Allah Azza Wajalla akan menilai apa yang terjadi pada setiap tahun, dan Dia akan menyerahkannya kepada pengatur-pengatur segala urusan dan mereka ialah empat malaikat iaitu; Israfil, Mikail, ‘Izrail dan Jibril Alaihimussalam. Mereka ini akan menguruskan urusan pemanjangan(مط ), rezeki, penghidupan dan hal mematikan. Makna ini dikuatkan lagi dengan firman Allah dalam surah Ad-Dukhaan, ayat 4 dan 5. dan ta’lil inilah yang dipilih oleh semua ulama.

3. Mujahid bin Jabir telah berkata;”malam Al-Qadr ialah malam hukuman/ketentuan”. Dan seorang lelaki telah berkata pada Hassan Al-Basri;”adakah engkau melihat/berjumpa malam Al-Qadr pada setiap bulan Ramadhan?” Beliau menjawab;”Ya, demi Allah yang tiada tuhan selainNya, sesungguhnya malam Al-Qadr benar-benar ada pada setiap bulan Ramadhan dan sungguh ianya adalah malam kemuliaan yang didalamnya di jelaskan setiap perkara dengan hikmah, didalamnya Allah melaksanakan segala urusan ajal,amal dan rezeki dan seumpamanya”. Begitulah juga yang dikatakan oleh Sa’eid bin Jabir rahimahullah.

4. Pendapat lain mengatakan makna malam Al-Qadr itu ialah malam kemuliaan dan keagungan. Ini dikuatkan lagi dengan firman Allah dalam surah Al-Qadr,ayat 3 dimana dalam ayat ini ada pemuliaan dan pengagungan untuknya(malam Al-Qadr). Pemuliaan ini samada kembali kepada orang-orang yang melakukan kebaikan pada malam itu dimana sesungguhnya sesiapa yang berbuat taat pada malam itu akan menjadi seorang yang mulia dan terhormat, ataupun ianya(kemuliaan) kembali kepada amalan yang baik kerana berbuat taat pada malam tersebut lebih banyak pahalanya dan lebih mudah dikabulkan.


5. Dikatakan juga ianya dinamakan begitu kerana Allah Ta’ala telah menurunkan pada malam itu satu kitab yang mempunyai kehormatan, keatas seorang utusan/rasul yang mempunyai darjat/kehormatan, dan dikhususkan pula untuk ummat yang berkemampuan, atau sesungguhnya Al-Quran keseluruhannya telah di turunkan ke langit pada malam Al-Qadr dalam bulan Ramadhan. Allah Ta’ala berfirman dalam surah Al-Baqarah,ayat 185. Al-Imam Abdullah bin Alawi Al-Haddad pula mengulas bahawa ketika Allah berfirman dalam surah Al-Qadr, kita mendapati bahawa Allah S.W.T telah menurunkan Al-Quran pada bulan Ramadhan, kemudian ia di turunkan pula pada malam Al-Qadr secara lebih khusus, dan penurunan ini bermula dari Lauh Mahfuz hingga ke Baitul ‘Izzah di langit dunia.



KELEBIHAN MENGHIDUPKAN MALAM AL-QADR

Kelebihannya terdapat dalam dua hadith sohih dan selain keduanya, telah diriwayatkan dari Abi Hurairah Radhiallahuanhu, dari Nabi S.A.W telah bersabda; “barangsiapa yang menghidupkan malam Al-Qadr dengan penuh keimanan dan semata-mata kerana Allah, di ampunkan baginya segala dosanya yang telah lalu” , dalam riwayat Al-imam An-Nasaie telah menambah: “dan dosanya yang akan datang”.



HIKMAH MALAM AL-QADR DI RAHSIAKAN

Allah Ta’ala telah merahsiakan malam Al-Qadr ini, dan Rasulullah S.A.W telah menjelaskan bahawa waktu yang dijangka akan berlakunya malam Al-Qadr adalah antara 10 malam yang terakhir dari bulan Ramadhan.Justeru itu, hikmah daripada perahsiaan malam Al-Qadr ialah agar orang-orang yang beriman bersungguh-sungguh dalam beribadat sepanjang malam bulan Ramadhan dan agar mereka sentiasa meneliti dan menanti akan kehadirannya pada setiap malam.

Selain itu,antara hikmah ianya dirahsiakan ialah sebagai satu cara dari cara-cara untuk memupuk rasa asyik dan suka dalam beribadah serta menjaganya dengan baik.Oleh yang demikian akan bertambahlah kesungguhan dalam beribadah.

Hikmah penyembunyian malam Al-Qadr ini adalah serupa seperti penyembunyian waktu yang mustajab untuk berdoa pada hari Jumaat, nama-nama Allah yang Maha Agung, dan rahsia Allah dalam ciptaan-Nya, redho Allah bagi hamba-hamba-Nya yang taat dan murka-Nya bagi siapa yang berbuat maksiat kepada-Nya.



TANDA-TANDA MALAM AL-QADR

Antara tanda-tanda yang paling utama yang telah di sebutkan dan di tetapkan di dalam kitab-kitab sunnah nabawiyyah adalah seperti berikut:

1. Ianya berada pada setiap malam bulan Ramadhan dan juga pada sepuluh malam terakhir dalam bulan Ramadhan, lebih-lebih lagi pada malam-malam ganjil.
2. Pada malam itu banyak malaikat yang turun ke bumi dalam bilangan yang tidak terkira.
3. Suasana pada malam itu tenang,cuacanya pula tidak panas dan tidak pula sejuk.
4. Pada paginya pula,matahari akan kelihatan kurang menyinarkan cahaya kemerah-merahannya,ianya terbit tetapi tidak bersina

At-toyalisi telah menyatakan dari Ibnu Abbas Radhiallahuanhu, bahawa Rasulullah SAW telah bersabda berkenaan dengan malam Al-Qadr; “malam yang dikabulkan segala doa ,tidak panas dan tidak pula sejuk, dan matahari pada paginya kurang menyinarkan cahaya kemerah-merahannya ”.


Muslim telah meriwayatkan dari Zar bin Habish dari Abi Ka’ab: sesungguhnya matahari pada paginya terbit tanpa sinaran padanya,” manakala Ubai pula berkata: kami telah di beritahu oleh Rasulullah SAW: “sesungguhnya ianya terbit pada hari itu tanpa sinaran padanya”.

Adapun tanda-tanda lain yang tidak bersandarkan kepada dalil musnad sohih tetapi ianya berdasarkan pengalaman dan pengamatan individu-individu berkenaan dengan malam tersebut, antaranya ialah :

1. Air laut tiba-tiba menjadi beku
2. Tiada seekor anjing pun yang menyalak pada malam itu.
3. Keldai-keldai pula tidak bersuara.
4. Pokok-pokok kelihatan menundukkan dahan-dahannya ke bumi.
5. Terdapat cahaya yang kelihatan berkilau pada tempat-tempat yang biasanya gelap.



PENENTUAN MALAM AL-QADR

Kebanyakan hadis yang warid daripada Nabi Muhammad SAW menyatakan bahawasa waktu berlakunya malam Al-Qadr secara umum,dan yang paling sohih menyatakan ianya berlaku dalam bulan Ramadhan,pada 10 malam yang terakhir dan kemungkinan besar pada malam-malam yang ganjil iaitu : 21,23,25,27,29.

Al-Imam Al-Bukhari telah meriwayatkan daripada Saiyidah Aisyah radiallahhuanha berkata : bersabda Rasulullah SAW : “carilah malam al-qadr itu pada malam-malam yang ganjil daripada 10 malam yang terakhir dari bulan Ramadhan.”

Dan Al-Imam Al-Bukhari juga telah meriwayatkan daripada Ibni Abbas berkata: bersabda Rasulullah SAW :” carilah ianya pada 10 malam yang terakhir daripada bulan Ramadhan,…”
Selain itu, banyak lagi hadis-hadis lain yang seumpama dengannya.



CIRI-CIRI MALAM AL-QADR

1. Ia adalah malam diturunkan Al-Quran
2. Ia adalah malam yang mana ditetapkan segala perkara daripada perkara-perkara yang akan berlaku sepanjang tahun.
3. Ia adalah malam yang lebih baik di sisi Allah s.w.t dari seribu bulan dan amalan kebajikan pada malam tersebut dilipatgandakan.
4. Sesungguh para malaikat turun ke bumi pada malam tersebut bersama dengan Ar-Ruh iaitu Jibrail alaihisalam.
5. Ia adalah malam yang aman, tenteram, sejahtera sehinggalah terbitnya fajar.



PERKARA-PERKARA SUNAT DAN ADAB-ADAB PADA MALAM AL-QADR

1. Daripada perkara-perkara sunnah yang utama yang dianjurkan ialah berazam dan berniat untuk menghidupkan malam tersebut dengan penuh keimanan dan ketaqwaan.
2. Dianjurkan untuk mandi pada setiap malam daripada 10 malam yang terakhir daripada bulan Ramadhan,berhias-hias dengan wangian,dan memakai daripada secantik-cantik baju selepas solat Maghrib sebelum solat Isyak da Terawih. Sesungguhnya perkara ini telah diamalkan oleh para sahabat dan tabiin,dan di kalangan mereka ada yang melakukannya sepanjang bulan Ramadhan.
3. Tidak menjamah makanan dan minuman yang terlalu berat semasa berbuka puasa untuk mengelakkan perasaan malas dan lesu ketika beribadah dan lemah untuk menghidupkan malamnya.
4. Memperbanyakkan doa, rintihan,memohon keampunan, kesihatan, keafiatan yang berkekalan dalam agama semasa di dunia mahupun di akhirat.Sesungguhnya Saiyidah Aishah radiallahuanha telah bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w berkenaan dengan malam tersebut, ”Apakah yang akan aku ucapkan apabila bertemu dengan malam Al-Qadr?Maka Nabi menjawab, “ Katakanlah : اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني))
5. Dianjurkan untuk mengejutkan ahli keluarga sama ada yang kecil mahupun yang besar bertepatan dengan hadis sohih daripada nabi Muhammad s.a.w bahawasanya nabi Muhammad s.a.w padanya mengejutkan ahli keluarganya pada malam tersebut.
6. Dan daripada perkara-perkara sunat yang dianjurkan untuk melakukannya pada malam tersebut ialah menjaga solat maghrib,isyak dan subuh secara berjemaah begitu juga solat sunat terawih dan qiam.
7. Memperbanyakkan bacaan al-quran pada malam al-qadar.Diriwayatkan bahawa Ibrahim An-Nakhie melazimi membaca al-quran dan khatam dalam bulan ramadhan pada setiap tiga hari.Dan apabila masuknya sepuluh malam terakhir beliau akan menamatkan bacaan al-quran pada setiap dua malam( iaitu beliau menambah bacaan al-quran pada malam-malam yang dijangkakan berlakunya lailatulqadar ).
8. Selain itu,dianjurkan juga pada malam tersebut untuk melakukan amal kebajikan dan sedekah.Ini bersesuaian dengan apa yang telah disampaikan daripada Anas bin Malik radiallahuanhu,katanya:amalan pada malam lailatulqadar,sedekah,solat,dan zakat adalah lebih baik daripada seribu bulan.


Dikumpul dan disusun oleh:
AL-FADHIL AS-SAYYID MUHAMMAD B ALAWI
AL-IDRUS AL-HADRAMI AT-TARIMI

Teruskan membaca..

Wednesday, August 5, 2009

HIMPUNAN AMALAN DAN DOA-DOA PARA ULAMA PADA MALAM NISFU SYAABAN

1) TELAH BERKATA SAYYID ALLAMAH AL-WANAIE RAHIMAHULLAH BERKENAAN DENGAN MALAM NISFU SYAABAN DAN YANG LAINNYA SEPERTI MALAM RAMADHAN : DARIPADA SEBAIK-BAIK DOA YANG DIAMALKAN PADA MALAM INI IALAH DOA BERIKUT:

اللهم إنك عفو كريم تُحب العفو فعفُ عنِي ، اللهم إني أسألك العفو والعافية والمعافاة الدائمة في الدين والدنيا والآخرة

2) DAN JUGA DARIPADA SEBAIK-BAIK DOA YANG DIAMALKAN,MENURUT RIWAYAT DARIPADA ABI BARZAH BERKATA, : TELAH BERSABDA NABI MUHAMMAD S.A.W :
لَما هبط آدم إلى الأرض طاف بالبيت أسبوعاً وصلى خلف المقام ركعتين ، ثم قال :
اللهم إنك تعلم سري وعلانيتِي فاقبل معذرتي ، وتعلم حاجتِي فأعطنِي سؤلي ، وتعلم ما في نفسي فاغفر لي ذنبِي. اللهم إني أسألك إيْماناً يباشر قلبِي ، ويقيناً صادقاً حتى أعلمَ أنه لا يصيبنِي إلا ما كتبت لي ورضِّنِي بقضائك . فأوحى الله إليه : يا آدم ، إنك دعوتنِي بدعاء فاستجبت لك فيه ، ولن يدعوَني به أحد من ذريتك من بعدك إلا استجبت لـه ، وغفرت له ذنبه ، وفرجت هَمه وغمه ، واتَجرت له من وراء كل تاجر ، وأتته الدنيا راغمة وإن كان لايريدها .انتهى
.


3) TELAH BERKATA PENULIS KITAB KANZUN NAJAH WAS SURUR : SESUNGGUHNYA TELAH DIHIMPUNKAN DOA-DOA YANG MAATHUR DAN MASYHUR KHUSUS UNTUK MALAM NISFU SYAABAN YANG MANA ORANG-ORANG ISLAM MEMBACANYA PADA MALAM TERSEBUT SECARA BERSENDIRIAN ATAU BERJEMAAH DAN KAIFIATNYA ADALAH SEPERTI BERIKUT:
DIBACA PADA AWAL SEBELUM MEMBACA DOA TERSEBUT SELEPAS SOLAT MAGHRIB SUROH YASIN SEBANYAK 3 X ,
- YANG PERTAMA DENGAN NIAT MEMOHON PANJANG UMUR,
- YANG KEDUA DENGAN NIAT DIHINDARKAN BALA,
- YANG KETIGA DENGAN NIAT DIHINDARKAN DARIPADA BERGANTUNG KEPADA MANUSIA
DAN SETIAP KALI TAMAT BACAAN YASIN,,DIBACA DOA TERSEBUT SEKALI.
DOA TERSEBUT ADALAH SEPERTI BERIKUT:

بسم الله الرحْمن الرحيم وصلى الله تعالى على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم ، اللهم يا ذا الْمنِ ولا يُمن عليه يا ذا الْجلال والإكرام يا ذا الطَول والإنعام لا إله إلا أنت ظهر اللاجئين ،وجار المستجيرين ، ومأمن الْخائفين اللهم كنت كتبتنِي عندك في أم الكتاب شقياً أو مَحروماً أو مطروداً أو مقتـراً علي فـي الرزق فامحُ اللهم بفضلك شقاوتي وحرماني وطردي وإقتار رزقي ، وأثبتنِي عندك في أم الكتاب سعيداً مرزوقاً موفقاً للخيرات، فإنك قلت وقولك الْحق في كتابك المنْـزَل على لسان نبيك المرسل : ﴿ يَمحو الله ما يشاء ويثبت وعنده أم الكتاب ﴾ إلَهي بالتجلي الأعظم في ليلة النصف من شعبان المكرم ، التِي يُفْرق فيها كل أمر حكيم ويُـبرم ، أسألك أن تكشف عنا من البلاء ما نعلم وما لا نعلم وما أنت به أعلم ، إنك أنت الأعز الأكرم ، وصلى الله تعالى على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم. انتهى .

4) TELAH DINYATAKAN DI DALAM KITAB SAFINATUL ULUM BERKENAAN DENGAN DOA NISFU SYAABAN BAGI SAYYID AL-QUTB AR-RABANI ABDUL QADIR AL-JAILANI DAN MUNGKIN JUGA DISEBUTKAN DI DALAM KITAB-KITAB YANG LAIN IAITU DOANYA:
اللهم إذا أطْلَعْتَ ليلة النصف من شعبان على خلقك ، فعُدْ علينا بِمنِّك وعتقك ، وقدر لنا من فضلك واسع رزقك ، واجعلنا مِمن يقوم لك فيها ببعض حقك . اللهم مـن قضيت فيها بوفاته فاقضِ مع ذلك له رحْمتك ،ومن قدَّرت طول حياته فاجعل له مع ذلك نعمتك ،وبلغنا ما لا تبلغ الآمال إليه ياخير من وقفتِ الأقدام بين يديه يارب العالمين ، برحْمتك يا أرحم الراحِمين ، وصلى الله تعالى على سيدنا محمد خير خلقه وعلى آله وصحبه وسلم أجْمعين .






5) DOA PADA MALAM NISFU SYAABAN YANG MASYHUR IALAH DOA YANG BESAR MANFAATNYA,PADANYA TERDAPAT FAEDAH YANG BANYAK, DOA-DOA YANG AGUNG DAN SEBAHAGIANNYA WARID DARIPADA NABI MUHAMMAD S.A.W. DOA TERSEBUT DIBACA PADA MALAM NISFU SYAABAN, DAN YANG PALING AFDHOLNYA IALAH APABILA HAMPIR WAKTU MAGHRIB.IA TELAH DIKUMPULKAN OLEH AL-ARIF BILLAH AS-SAYYID AS-SYARIF AL-HASAN BIN ABDULLAH BA’ALAWI AL-HADDAD.


KAIFIAT BACAANNYA ADALAH SEPERTI BERIKUT:

- MEMBACA SUROH YASIN SEBANYAK 3X:

1)YANG PERTAMA DENGAN NIAT DIPANJANGKAN UMUR DAN DIBERIKAN TAUFIK SERTA HIDAYAH UNTUK MELAKUKAN AMAL IBADAH.

2)YANG KEDUA DENGAN NIAT MEMOHON PERLINDUNGAN DARIPADA SEBARANG PENYAKIT SERTA NIAT SEMOGA DIPERLUASKAN PINTU REZEKI.

3)YANG KETIGA DENGAN NIAT MEMOHON KETENANGAN HATI SERTA KESUDAHAN YANG BAIK.

-KEMUDIAN MEMBACA DOA SEPERTI YANG BERIKUT:


بسم الله الرحْمن الرحيم ، اللهم يا ذا المنِّ ولا يُمن عليك ، يا ذا الْجلال والإكرام ، يا ذا الطَّول والإنعام ، لا إله إلا أنت ظهر اللاجئين ، وجار المستجيرين ، ومأمن الْخائفين . اللهم إن كنت كتبتني عندك في أم الكتاب شقياً أو مَحروماً أو مقَتَراً عليَّ في الرزق ، فامحُ مـن أمِ الكتاب شقاوتي وحرماني وتقتير رزقي ، وأثبتنِي عندك سعيداً مرزوقاً موفقاً للخيرات ، فإنك قلت وقولك الْحق في كتابك المنـزل على لسان نبيك المرسل ﴿ يَمحو الله ما يشاء ويثبت وعنده أم الكتاب ﴾ إلَهي بالتجلي الأعظم ، في ليلة النصف من شعبان المكرم ، التي يفرق فيها كل أمر حكيم ويبرم ، اكشف عنِي من البلاء ما أعلم وما لا أعلم ، واغفر لي ما أنت به أعلم . اللهم اجعلنِي من أعظم عبادك حظاً ونصيباً في كل شيء قسمته في هذه الليلة من نور تَهدي به ، أو رحْمة تنشرها ، أو رزق تبسطه ، أو فضل تُقَسِّمه على عبادك المؤمنين ، يا ألله يا ألله لا إله إلا أنت . اللهم هب لي قلباً تقياً نقياً ، من الشرك برياً ، لا كافراً ولا شقياً ، وقلباً سليماً خاشعاً ضارعاً . اللهم امَلأ قلبي بنورك وأنوار مشاهدتك ، وجَمالك وكمالك ومَحبتك وعصمتك وقدرتك وعلمك ، يا أرحم الراحِمين ، وصلى الله تعالى على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم .هذا أقله .وأكمله : إلَهي تَعَرَّض إليك في هذه الليلة المتعرضون ، وقصدك وأمَّل معروفك وفضلك الطالبون ، ورغب إلى جودك وكرمك الراغبون ، ولك في هذه الليلة نفحات وعطايا وجوائز ومواهب وهبات ، تَمُنُّ بِها على من تشاء من عبادك ، وتَخص بِها من أحببته من خلقك ، وتَمنع وتَحرم من لَم تسبق له العناية منك ؛ فأسألك يا ألله بأحب الأسْماء إليك ، وأكرم الأنبياء عليك ، أن تَجعلنِي مِمن سبقت له منك العناية ، واجعلنِي من أوفر عبادك وأجزل خلقك حظاً ونصيباً وقسماً وهبةً وعطيةً في كل خير تقسمه في هذه الليلة أو فيما بعدها ، من نور تَهدي به ، أو رحْمة تنشرها ، أو رزق تبسطه ، أو ضر تكشفه ، أو ذنب تغفره ، أو شدة تدفعها ، أو فتنة تصرفها ، أو بلاء ترفعه ، أو معافاة تَمن بِها ، أو عدوٍّ تكفيه ،فاكفني كل شر ، ووفقني اللهم لمكارم الأخلاق ، وارزقنِي العافية والبركة والسعة في الأرزاق ، وسلمني من الرجـز والشرك والنفاق ، اللهم إن لك نسمات لطف إذا هبت على مريض غفلةٍ شفته ، وإن لك نفحات عطف إذا توجهت إلى أسير هوى أطلقته ، وإن لك عنايات إذا لا حظت غريقاً في بَحر ضلالة أنقذته وإن لك سعادات إذا أخذت بيدِ شقي أسعدته ، وإن لك لطائف كرم إذا ضاقت الْحيلة لمذنب وسعته وإن لك فضائل ونِعماً إذا تَحولت إلى فاسد أصلحته ، وإن لك نظرات رحْمة إذا نظرت بِها إلى غافل أيقظته ، فهب لي اللهم من لطفك الْخفي نسمةً تشفي مرض غفلتِي ، وانفحني من عطفك الوفي نفحة طيبةً تُطلق بِها أسري من وثاق شهوتي ، والْحظنِي واحفظنِي بعين عينايتك ملاحظة تنقذني بِها وتنجيني بِها من بَحر الضلالة ، وآتني من لدنك رحْمة في الدنيا والآخرة تبدلني بِها سعادة من شقاوة ، واسْمع دعائي ، وعجل إجابتِي واقضِ حاجتِي وعافنِي ،وهب لي من كرمك وجودك الواسع ما ترزقنِي به الإنابة إليك مع صدق اللجاء وقبول الدعاء ، وأهِّلنِي لقرْع بابك للدعاء يا جواد حتى يتصل قلبي بِما عندك وتبلغني بِها إلى قصـدك ياخير مقصود وأكرم معبود ، ابتهالي وتضرعي في طلب معونتك ، وأتَخذك يا إلَهي مفزعاً وملجأً أرفع إليك حاجتِي ومطالبي وشكواي ، وأُبدي إليك ضُري ، وأفوض إليك أمري ومناجاتي ، وأعتمد عليك في جَميع أموري وحالاتي . اللهم إني وهذه الليلة خلق من خلقك فلا تُبلنِي فيها ولا بعدها بسوء ولا مكروه ، ولا تقدر عليَّ فيها معصية ولا زلة ، ولا تُثْبت عليَّ فيها ذنباً ، ولا تَبلُنِي إلا بالتِي هي أحسن ، ولا تُزَين لي جراءة على مَحارمك ، ولا ركوناً إلى معصيتك ، ولا ميلاً إلى مُخالفتك ، ولا تركاً لطاعتك ، ولا استخفافاً بِحقك ، ولا شكاً في رزقك ؛ فأسألك اللـهم نظرة من نظراتك ورحْمة من رحَماتك وعطية من عطياتك اللطيفة ، وارزقنِي من فضلك ، واكفنِي شر خلقك ، واحفظ عليَّ دين الإسلام ، وانظر إلينا بعينك التي لاتنام ، وآتنا في الدنيا حسنة وفي الآخرة حسنة وقنا عذاب النار ( ثلاثاً ) . إلَهي بالتجلي الأعظم في ليلة النصف من شعبان الشهر الأكرم ، التي يفرق فيها كل أمر ( حكيم ويبرم ، اكشف عنا من البلاء ما نعلم ومالا نعلم واغفر لنا ما أنت به أعلم ( ثلاثاً .
اللهم إني أسألك من خير ما تعلم ، وأعوذ بك من شر ما تعلم ، وأستغفرك من كل ما تعلم ؛ إنك أنت علام الغيوب ، اللهم إني أسألك من خير ما تعلم وما لا أعلم ، وأستغفرك لما أعلم وما لا أعلم ، اللهم إن العلم عندك وهو عنا مَحجوب ، ولا نعلم أمراً نَختاره لأنفسنا ، وقد فوضنا إليك أمورنا ، ورفـعنا إليك حاجاتنا ، ورجوناك لفاقاتنا وفقرنا ، فأرشدنا يا ألله ، وثبتنا ووفقنا إلى أحب الأمور إليك وأحْمدها إليك ، فإنك تَحكم بِما تشاء وتفعل ما تريد ، وأنت على كل شيء قدير ، ولا حول ولا قوة إلا بالله العلي العظيم ، سبحان ربك رب العزة عما يصفون وسلام على المرسلين والْحمد لله رب العالمين ، وصلى الله تعالى على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم ، انتهى دعاء شعبان .

6) KITA JUGA DIGALAKKAN UNTUK MEMPERBANYAKKAN BERDOA DENGAN DOA NABI ALLAH YUNUS SEKURANG-KURANGNYA 3X DAN FAEDAHNYA INSYA-ALLAH MENDAPAT KEAMANAN SEPANJANG TAHUN DARI BALA BENCANA DAN KESEDIHAN.DOA TERSEBUT ADALAH SEPERTI BERIKUT:
لا إله إلا أنت سبحانك إني كنت من الظالـمين

SELAMAT BERIBADAH

TERJEMAHAN DAN PETIKAN DARIPADA KITAB
كـنـز الـنجاح والـسـرور
في الأدعيةالتي تـشـرح الـصـدور

Teruskan membaca..

Labels

  • BULAN-BULAN ISLAM (2)

  © Blogger template 'Personal Blog' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP