Monday, June 22, 2009

SOLAT JUMAAT : SATU PERINCIAN

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani,selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Ana mulakan coretan dalam blog al-faqir ini dengan cebisan daripada pengajian kitab Syarah Al-Yaqut Al-Nafis fi Mazhab Ibn Idris karangan Al-Shiekh Al-Habib Muhammad bin Ahmad bin Umar Al-Syatiri. Al-faqir bersama sahabat2 dibumi Mesir ini masih lagi mengaji bertalaqqi kitab ini daripada Al-Fadhil Al-Ustaz Syed Abdul Kadir bin Syed Hussin Aljoofre di rumah Selangor,Kaherah.Doa dipohon agar kami semua dapat menamatkan pengajian kitab ini bersama al-Fadhil supaya faedahnya dapat dikongsi oleh masyarakat apabila kami pulang kelak..Amin ya Robb...Pada ketika ini, kami masih lagi berada di bab Solat Jumaat.Moga perkongsian ini mendatangkan manfaat kepada al-faqir dan sidang pembaca..

Solat Jumaat
#adalah solat dua rokaat yang ditunaikan pada waktu zohor pada hari Jumaat
#syarat wajib jumaat ada 7 :Islam,baligh,berakal,bebas,lelaki,sihat dan bermuqim.
#syarat sah jumaat ada 6: 1.ditunaikan pada waktu zohor 2.dan dipertengahan kampung 3.rakaat pertama secara berjemaah 4.40 orang yg wajib jumaat keatas mereka 5.tidak didahului @ bersamaan dengan jemaah jumaat lain 6.didahului dengan dua khutbah.
(Nantikan sambungannya...)

0 comments:

  © Blogger template 'Personal Blog' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP