Tuesday, July 28, 2009

SYAABAN BULAN PENTING DALAM KALENDER UMAT ISLAM

Sejarah Islam menyaksikan banyak peristiwa-peristiwa penting berlaku dalam bulan Syaaban.Oleh yang demikian,dengan kehadiran bulan syaaban yang mulia ini mari bersama kita soroti kembali lipatan sejarah yang berlaku dalam bulan ini.
Antara peristiwa penting yang berlaku pada bulan Syaaban adalah seperti berikut:

  1. Difardukan zakat fitrah
  2. Peperangan Bani Mustoliq
  3. Perubahan qiblat ke kaabah
  4. Peperangan al-qodisiyyah

Teruskan membaca..

Friday, July 17, 2009

PENAFSIRAN AYAT SELAWAT KE ATAS NABI MUHAMMAD S.A.W


بسم الله الرحمن الرحيم

( إن الله وملائكته يصلون على النبى يآ يها الذين ءامنوا صلوا عليه وسلموا تسليما)

آية 56 من سورة الأحزاب

Telah berkata Al-Imam Al-Ghazali radiallahuanhu sebagaimana di dalam Ad-dur Al Mandud :

(( Selawat Allah keatas Nabi Muhammad dan orang-orang yang berselawat keatas Nabi maksudnya : limpahan pelbagai karamah dan nikmat-nikmat yang baik.))

Tidak boleh dinafikan bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w adalah sebaik-baik makhluk ciptaan Allah s.w.t,maka sudah pastilah bahawa segala karamah dan nikmat yang Allah s.w.t kurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w adalah lebih agung dan tinggi daripada karamah dan nikmat yang dikurniakan kepada hamba-Nya yang lain.

Begitu juga telah dinukilkan daripada Al-Imam Al-Ghazali yang mana maksudnya adapun selawat kita dan selawat para malaikat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.aw bermaksud : permohonan dan permintaan kepada Allah s.w.t supaya mengurniakan kepada Nabi-Nya pelbagai jenis karamah dan nikmat. Adapun salam orang-orang beriman kepada Nabi Muhammad s.a.w telah dinukilkan daripada As-sakhawi rahimahullah bahawa maksud ((اللهم سلم على سيدنا محمد) ) ialah :

((Ya Allah! Tuliskanlah bagi Nabi Muhammad s.a.w dalam mengingatinya dan dakwahnya serta ummatnya akan keselamatan(iaitu keamanan) dari segala kekurangan))(petikan dari kitab Mulakhas Min Saadah Ad-Daraini karangan An-Nabhani).

Sesungguhnya ayat tersebut adalah untuk menzohirkan kelebihan Nabi Muhammad s.a.w dan tingginya kedudukan Nabi s.a.w disisi tuhannya.

Oleh yang demikian,para sahabat yang dirahmati Allah s.w.t,marilahi bersama kita lazimi diri kita dengan berselawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Mudah-mudahan dengan selawat tersebut akan melayakkan kita untuk mendapat syafaat daripada Nabi Muhammad s.a.w di akhirat kelak.Allahumma solli ala sayyidina Muhammad wa ala alihi wasohbihi wasalim taslima...

Teruskan membaca..

Wednesday, July 15, 2009

KEHADIRAN DATO' HASAN ALI & ROMBONGAN KE BUMI MESIR MENAMATKAN SATU PENANTIAN

Teruskan membaca..

  © Blogger template 'Personal Blog' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP